Cheese Burger

Suka makan burger? Cuba try buat sendiri cheese burger. Lebih sedap dari Mc Donald. Tak susah pun nak buat. Boleh ubah mengikut citarasa masing-masing.
Prep Time 1 hour
Cook Time 15 minutes
Total Time 1 hour 15 minutes
Course Main Course
Cuisine American
Servings 1 1
Calories 1200 kcal

Equipment

  • Mangkuk
  • Pemanggang

Ingredients
  

Bahan Untuk Pati Daging

  • 150 Gram Daging Cincang
  • 1 Cubit Lada Hitam
  • 1 Cubit Serbuk Bawang Putih
  • 1 Cubit Garam

Bahan Untuk Hiasan Burger

  • 1 Helai Salad
  • 1 Cincin Bawang Merah
  • 2 Keping Jeruk
  • 1 Keping Keju Amerika
  • 1 Bun Roti
  • 1 Sudu Majerin

Bahan Untuk Sos

  • 1 Sudu Sos Cili
  • 1 Sudu Sos Salad
  • 1 Sudu Sos Mustard

Instructions
 

Cara Membuat Pati Daging

  • Masukkan daging cincang, garam, lada hitam dan serbuk bawang putih ke dalam mangkuk
  • Gaul hingga sebati dan padatkan menjadi bulat

Cara Memasak Daging Burger

  • Panaskan tempat panggang dan letakkan daging burger tadi
  • Leperkan daging burger dan letakkan keju amerika setelah daging masak

Cara Membuat Hiasan Burger

  • Belah dan sapukan majerin ke atas bun roti dan panaskan di pemanggang
  • Setelah itu, letakkan salad dan bawang merah yg telah dipotong (Nak cincang pun boleh)
  • Letakkan jeruk, sos cili, sos salad, sos mustard ke atas daging burger yg telah dimasak tadi
  • Sedia untuk dihidang bersama dengan kentang goreng

Notes

Jenis daging yang sesuai :
Lembu
Kambing
Keyword Pasti Sedap