Spaghetti Meat Ball

Suka makan meatball? Buat sendiri lagi sedap. Tidak mengunakan prego yang tak sedap tu. Jom kita buat sendiri. Senang je. Tak susah pun. Hari-hari makan pun tak muak.
Prep Time 2 hours
Cook Time 1 hour
Total Time 3 hours
Course Main Course
Cuisine Italian
Servings 1 2
Calories 1100 kcal

Equipment

  • Periuk
  • Kuali
  • Mangkuk

Ingredients
  

Bahan Untuk Membuat Meat Ball

  • 300 Gram Daging Cincang
  • 2 Sudu Serbuk Roti
  • 1 Sudu Daun Parshley Kering
  • 3 Sudu Keju Parmesan
  • 1 Sudu Serbuk Bawang Putih
  • 1 Sudu Lada Hitam
  • 1 Biji Telur

Bahan Untuk Membuat Bolognese

  • 1 Tin Tomato Hancur
  • 1 Sudu Puri Tomato
  • 1 Biji Bawang Holand
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 Sudu Daun Basil Kering
  • 2 Keping Daun Bay
  • 20 Batang Spaghetti

Instructions
 

Cara Membuat Meat Ball

  • Masukkan daging cincang ke dalam mangkuk
  • Masukkan serbuk roti, daun parshley kering, keju parmesan, lada hitam, serbuk bawang putih
  • Selepas itu gaulkan bersama dengan telur
  • Setelah sebati, amik daging sebesar gengam tangan dan buatkan bentuk bulat
  • Simpan didalam peti ais selama 1 jam
  • Panaskan kuali bersama dengan sedikit minyak
  • Letakkan daging meat ball dan masak sehingga kekuningan

Cara Memasak Bolognese

  • Isi air ke dalam periuk dan taburkan garam dan minyak zaitun
  • Letakkan spaghetti ke dalam periuk dan rebus sehingga masak
  • Potong bawang holand secara dadu
  • Hiriskan bawang putih
  • Panaskan periuk bersama dengan minyak zaitun
  • Masuk bawang putih dan bawang holand
  • Selepas itu, masukkan tomato hancur dan puri tomato kedalam periuk
  • Tuang setengah cawan air dan garam secukup rasa
  • Masukkan daun basil kering dan daun bay ke dalam kuali
  • Masukkan daging meat ball dan tutup sehingga kuah bolognese kering

Cara Menghidang

  • Letakkan spaghetti ke dalam pinggan
  • Tuangkan kuah Bolognese bersama dengan meat ball ke atas spaghetti tadi
  • Sedia untuk dimakan. Taburkan keju parmesan untuk lebih kesedapan

Notes

Jenis tomato tin yang sesuai : 
Cirio
Heinz
Keyword Pasti Sedap