Udang Masak Kicap

Sekali rasa pasti nak lagi. Rasa kicap manis yang enak. Ditambah dengan keenakkan udang goreng kunyit. Cukup mudah tapi mampu terliur bila melihat.
Prep Time 1 hour
Cook Time 15 minutes
Total Time 1 hour 15 minutes
Course Side Dish
Cuisine Asian
Servings 1 3
Calories 1300 kcal

Equipment

  • Kuali

Ingredients
  

  • 10 Ekor Udang Besar
  • 1 Sudu Serbuk Kunyit
  • 2 Biji Cili Merah atau Hijau
  • 1 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ulas Halia Sebesar Jari
  • 6 Sudu Kicap Manis

Instructions
 

Penyediaan Bahan Masak

  • Basuh dan potong bahagian udang yang tajam (Nak kulit)
  • Bubuh serbuk kunyit pada udang yg telah dibasuh tadi
  • Hiris bawang merah dan bawang putih
  • Hiris halus halia dan cili

Cara Memasak Udang

  • Panaskan minyak dan masukkan udang yg telah dibubuh dengan kunyit
  • Setelah itu, keluarkan udang tersebut berserta dengan minyak (Tinggalkan sedikit sahaja minyak)
  • Masukkan bahan seperti bawang (Putih & Merah), halia dan cili
  • Tumis sehingga masak, selepas itu masukkan udang yang telah digoreng tadi
  • Gaul sehingga sebati. Setelah sebati, masukkan kicap manis dan gaul sehingga masak
  • Sangat mudah dan sedia untuk dihidang

Notes

Kicap yang sesuai :
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Udang yang sesuai :
Udang Galah
Udang Kertas
Keyword Pasti Sedap